Al Quran dan Sains – Fulltime Muslim
icon-search
icon-search

Al Quran dan Sains

Kesinambungan ajaran Islam yang diturunkan kepada Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun yang lalu sentiasa mengenai fakta ilmuan semasa dunia termasuk kemajuan teknologi sains. Para saintis ramai yang tercengang dengan ketepatan nukilan Al Quran yang mengandungi fakta sains biarpun ia adalah kalam yang lazimnya dilihat sebagai sebuah kitab suci agama Islam. Berikut merupakan fakta yang diperakui bertepatan dengan ilmu sains yang terkandung dalam Al-Quran :

  • Kejadian Manusia

Ahli biologi dunia menemui bahawa penciptaan manusia adalah terjadi dengan gabungan sperma dan ovum yang membentuk zigot. Penemuan ini adalah hasil kajian oleh ilmuan barat pada 1940. Proses ini diterangkan dengan jelas oleh Al-Quran dalam surah Al-Mukminun 12-14:

Lalu Kami menciptakan anak keturunannya berkembang biak dari air mani yang tersimpan kokoh dalam rahim hingga waktu kelahirannya. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh iaitu rahim dalam perut perempuan.

  • Peredaran matahari dan bumi

Sejak sekian lama para saintis telah mengkaji dan membuat kesimpulan bahawa planet - planet mengelilingi matahari manakala bulan mengelilingi bumi dan setiap satunya mempunyai garis peredarannya sendiri. Hal ini juga telah dijelaskan oleh Al-Quran sejak lebih 1,400 tahun dahulu.

“Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” ( Al Anbiya:33 )

“dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui."  ( Yaasin:38 )

  • Alam semesta yang berkembang

Pada abad ke-20,satu penemuan yang mengejutkan bahawa alam semesta ini tidak statik sebaliknya terus berkembang dari semasa ke semasa yang telak dibuktikan oleh  ahli fizik dari Rusia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi George Lemaitre. Ini juga telah dinyatakan oleh Al-Quran dalam surah Ad Dariyat ayat ke-47

“Dan langit itu kami bangunkan dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya!”

  • Kekuatan dan rahsia besi

Ahli astronomi moden mengakui bahawa logam besi yang ditemui di bumi ini adalah bukan berasal dari bumi sebaliknya ia adalah dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa. Al Quran menerangkannya dalam Surah Al Hadid ayat 25:

“Dan kami menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia”

  • Cap jari

Dunia hari ini mengakui bahawa kejadian ajaib cap jari sangat ajaib walaupun jumlah manusia mencecah billion. Al-Quran bukanlah buku sains namun ia telah dinyatakan mengenainya sejak sekian lama dalam surah Al Qiyaamah 3-4 :

“Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?

“Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

Semoga kita semua mampu untuk lebih dalam mendalami dan mendekatkan diri dengan Al Quran kitab suci agama kita agar memperoleh keberkatan dan petunjuk dalam menjalani kehidupan.



Seterusnya Sebelumnya

Bakul anda

Bakul anda masih kosong.

Sila layari produk kami di sini.