SUBHANALLAH ! BABY DILAHIRKAN DENGAN ANTIBODY COVID 19

SUBHANALLAH ! BABY DILAHIRKAN DENGAN ANTIBODY COVID 19

Subhanallah ! Seorang wanita dari Singapore dijangkiti Covid-19 pada bulan Mac lalu berjaya melahirkan baby dengan antibody yang mampu melawan wabak tersebut.

Soalan yang kini ditanya, adakan Covid 19 boleh diturunkan dari ibu ke anak ?


“Doktor mengesyaki saya telah memindahkan antibodi COVID-19 kepada anak semasa kehamilan saya,” kata Celine Ng-Chan kepada akhbar Straits Times.


Ng-Chan yang hamil dilaporkan dijangkiti wabak COVID-19 ketika dia bercuti di luar negara dan keluar dari hospital setelah dirawat selama dua minggu, kata Straits Times.

“Kehamilan dan kelahiran [anak] saya berjalan lancar walaupun didiagnosis dengan COVID-19 pada trimester pertama saya, yang merupakan tahap kehamilan yang paling tidak stabil,” kata Ng-Chan .

Bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mereka belum menemui jawapan adakah seorang wanita hamil dengan COVID-19 mampu menyebarkan wabak itu ke anaknya semasa mengandung atau melahirkan.