WANITA-WANITA TERAGUNG DI DALAM ISLAM

WANITA-WANITA TERAGUNG DI DALAM ISLAM

Dalam sejarah Islam ramai muslimah yang dikurniakan kelebihan oleh Allah SWT. Diberi kekuatan untuk bersabar menerima ketetapan di dalam hidupnya, bersabar dalam menjaga amanahnya sebagai seorang isteri dan juga ibu. Paling penting sekali kesabaran dalam  menjaga agamanya. Nilai-nilai ini sering kali dilupakan atau diambil remeh oleh para wanita pada zaman sekarang. Paling menyedihkan sekali ialah apabila wanita-wanita ini mengambil orang yang tidak kuat agamanya sebagai contoh untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Oleh kerana hal ini, wanita-wanita seperti ini tidak mempunyai kualiti di sisi Allah SWT. Kerana apa ? Kerana di dalam hati wanita seperti ini mereka hanya inginkan kesenangan dan keindahan di dunia lalu lali dari mentaati Allah SWT.

Apabila Allah SWT memberi ujian, ramai wanita akan menjauhkan dirinya dari Allah SWT dan menjadi tidak sabar. Ini kerana, mereka tidak sedar akan prinsip yang paling asas iaitu Allah SWT adalah Pencipta. Allah SWT yang memberi dan mengambil apa yang Dia inginkan. Dia juga melapangkan dan berhak untuk menyempitkan segala urusan di dunia ini.

Para muslimah harus sedar dari kelemahan dirinya yang ditipu oleh keindahan di dunia ini. Ambil pengajaran daripada muslimah-muslimah pada zaman Rasulullah SAW dimana mereka adalah sebaik-baik wanita. Walaupun di dalam kesulitan mereka tetap berpegang teguh pada Iman. 

Sabda Rasulluah SAW: "Sebaik-baik Muslimah di syurga adalah Khadijah, Fatimahm Maryam dan Asiyah." H.R Baihaqi

Empat muslimah ini adalah sangat beruntung kereana ketika mereka masih hidup, mereka tahu akhir perjalanan hidupnya kerana mereka dijamin Syurga. Mereka ada wanita yang terpilih dan istimewa namum mereka tetap wanita biasa sebahagian daripada manusia. Terdapat banyak pelajaran yang boleh diambil oleh wanita-wanita ini, walaupun dalam kesulitan mereka tetap berpegang teguh pada Islam.

1. MEREKA ADALAH MANUSIA YANG MEMBERI MAKNA HIDUP

Kehidupan mereka tidak terlepas daripada cabaran. Mereka tidak hidup pada zaman yang tiada masalah. Malah, mereka hidup seperti manusia biasa. Sebagaimana Allah SWT menjelaskan kehidupan manusia dalam Surah Al Balad: 4 dan maksudnya:

"Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam keadaan bersusah payah."

Itulah yang digambarkan oleh Allah SWT tentang kehidupan manusia di dunia ini. Walaubagaimanapun, mereka tetap menikmati kehidupan ini kerana mereka tahu disebalik segala cabaran yang dihadapi, syurga itu adalah sesuatu yang pasti dan kehidupan yang sebenar adalah akhirat, kehidupan yang kekal abadi.

Ibunda Khodijah hidupnya penuh perjuangan dengan menjadi istri yang harus mendampingi perjuangan berat dan panjang dalam menegakkan Islam yang dibawa oleh suami tercintanya Rosululloh shollallohu `alaihi wasallam. Berjuang menjadi istri yang tenang dikala suaminya terguncang. Bahkan harus berfikir menjadi inisiator bagi jawaban atas kegundahan hati suaminya. 

Khadijah RA hidupnya penuh dengan perjuangan apabila menjadi isteri kepada Rasulullah SAW. Beliau mendampingi Rasulullah SAW dalam memperjuangkan syariat Islam yang dibawa Baginda. Berjuang menjadi seorang isteri yang tenang dikala Baginda gundah. Bahkan menjadi inisiator bagi jawapan atas kegundahan hati Baginda.

Selain adaripada itu, Khadijah RA adalah seorang usahawan yang kaya raya namum beliau menginfakkan hartanya di jalan Allah SWT untuk memperjuangkan agama Islam. Belia mengajar kepada para muslimah bahawa kebahagiaan itu adalah bukan datang dari menerima malah kebahagian itu akan kita dapat daripada memberi. Puteri Rasulullah SAW, Fatimah RA adalah seorang wanita yang bertanggungjawab apabila menjaga perihal di rumah. Pernah suatu ketika Fatimah RA meminta Rasulullah SAW untuk mendapatkan pembantu rumah namun Rasulullah SAW menyuruhnya untuk berzikir untuk melupakan penat lelah tersebut. Fatimah RA mengajar kita, segala penat lelah dijalan Allah SWT adalah untuk syurga diakhirat yang kekal abadi.

2. PARA MUSLIMAH PENGHUNI SYURGA ADALAH WANITA YANG MENJAGA KEHORMATANNYA

Maryam Binti Imron adalah muslimah yang menghiasi hidupnya dengan ketaatan pada Allah SWT. Tidak terpedaya dengan kesenangan dunia yang melalaikan. Tidak memuaskan nafsunya dengan berhias untuk mendapatkan perhatian dan juga melalaikan agamanya. Namun, ia menghambakan dirinya pada Allah SWT dengan beribadah, menjaga diri dari sekecil apapun maksiat dan menikmati hidupnya dengan ketaqwaan.

Asiyah RA pula adalah wanita yang teguh pendiriannya dalam kebenaran. Menjaga kemuliaan diri dan akhlaknya ketika persekitarannya dipenuhi dengan kederhakaan. Seorang wanita yang mampu bertahan dalam keimanan apabila orang sekelilingnya menjadikan suami sebagai tuhan.

Subhanallah ! Inilah wanita-wanita yang berjaya mengukira sejarah yang tidak akan luput zaman. Wanita-wanita solehah yang bertahan dalam memperjuangkan keimanan dan Islam.

FTM Logo NEw-02.png